INSTITUT MEMANDU, PUSAT LATIHAN PENERBANGAN DIBENAR BEROPERASI MULAI ESOKINSTITUT MEMANDU, PUSAT LATIHAN PENERBANGAN DIBENAR BEROPERASI MULAI ESOK
top of page
  • nabalunews

INSTITUT MEMANDU, PUSAT LATIHAN PENERBANGAN DIBENAR BEROPERASI MULAI ESOK


Gambar Hiasan

11 Feb 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri bersetuju membenarkan operasi Institut Memandu dan

Pusat Latihan Penerbangan beroperasi dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat bermula esok, 12 Februari.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datukm Masidi Manjun berkata, bagi Institut Memandu, arahan ini merangkumi perkhidmatan latihan pemanduan, Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) 01, 02 dan 03, Perkhidmatan pra-ujian pemanduan (QTI), Perkhidmatan ujian teori dan praktikal (litar dan jalan raya).

Beliau berkata waktu operasi dibenarkan bermula 7.30 pagi sehingga 8.30 malam.


"Antara SOP yang ditetapkan seperti ialah mewajibkan pelitup muka oleh pengajar dan calon sepanjang masa di dalam kenderaan SKIM.


"Pihak IM perlu memastikan keberadaan calon yang berkaitan untuk slot latihan/

pengujian sahaja berada di premis IM pada satu-satu masa dan tidak dibenarkan

menunggu.


"Mengamalkan penjarakan fizikal di kaunter/ tempat menunggu dengan pengosongan tempat duduk di antara pelanggan dan penandaan garisan bagi penjarakan fizikal 1 meter," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Masidi berkata, bagi Pusat Latihan Penerbangan, arahan itu merangkumi pentadbiran di

Approved Training Organization (ATO) termasuk type Rating Training Organization (TRTO), Flying Training Organization (FTO) dan Flying Club - Instruction in Flying (FC-IIF).


"Pentadbiran latihan berulang yang mandatori bagi menampung operasi penerbangan

awam dibenarkan untuk Juruterbang, Jurutera Penerbangan, Pengawal trafik udara,

Kru kabin, Kakitangan Sekuriti dan Pengendali bahan berbahaya.


"Antara SOP yang ditetapkan adalah pelatih yang berada di Approved Training Organization (ATO) perlu terus kekal berada di ATO.


"Pelatih perlu mendapatkan surat kebenaran pergerakan bagi merentas negeri

atau daerah untuk pergerakan ke/dari ATO," katanya.


SOP terperinci boleh dirujuk di laman sesawang Kementerian Pengangkutan dan

MKN.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page