top of page

Isu Air UMS, Di Luar Bidang Kuasa Kerajaan Sarawak.- Abg Jo

  • nabalunews
  • 1 day ago
  • 1 min read

27 Mei 2025


KUCHING: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengesahkan beliau mengambil maklum surat terbuka daripada salah seorang pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) berkenaan dakwaan masalah bekalan air di pusat pengajian berkenaan.


Dalam kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Premier Sarawak berkata, beliau tidak dapat mengambil sebarang tindakan seperti yang kehendaki kerana permasalahan berkenaan adalah di luar bidang kuasanya.


Bagaimanapun katanya, perkara berkenaan akan diangkat untuk makluman dan

tindakan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir.


“Beliau mengambil maklum mengenai Surat Terbuka daripada seorang pelajar UMS berkenaan dengan dakwaan masalah bekalan air untuk para pelajar di universiti tersebut.


“Premier Datuk Patinggi Abang Haji Johari mengucapkan terima kasih atas makluman

tersebut namun menyatakan beliau tidak dapat mengambil tindakan seperti yang

kehendaki kerana permasalahan tersebut adalah di luar bidang kuasa beliau.


“Walau bagaimanapun, beliau akan mengangkat isu tersebut untuk makuman dan

tindakan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir,” katanya.

Comentarios


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page