top of page

Isu siapa Pengerusi PH Sabah tidak sepatutnya timbul, sudah melalui proses demokrasi - GEM UPKO

nabalunews


Ketua Generasi Muda (GEM) UPKO Malaysia, Seherel Linus
Ketua Generasi Muda (GEM) UPKO Malaysia, Seherel Linus

21 Disember 2024


KOTA KINABALU: Pemilihan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Ewon Benedick sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah yang baharu setelah memperoleh majoriti undi daripada perwakilan di Mesyuarat Agung PH Sabah, sepatutnya diterima baik oleh semua pihak dan tidak perlu timbul rasa tidak puas hati lagi.


Sehubungan itu Ketua Generasi Muda (GEM) UPKO Malaysia, Seherel Linus berkata keputusan yang telah pun dimuktamadkan itu harus dihormati oleh semua pihak.


"Jadi kenapa ada pihak yang tidak berpuas hati lagi? Janganlah memberi contoh yang tidak baik kepada generasi muda dengan melanggar keputusan yang telah pun dimuktamadkan.


"Hormat dan beri peluang kepada pimpanan sekarang untuk membawa Pakatan Harapan Sabah ke satu tahap yang lebih baik," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


"Merujuk kepada kenyataan bekas pengerusi PH Sabah sebelum ini bahawa perbincangan masih berjalan dengan presiden PKR, adakah ini cubaan untuk 'tebuk atap'?


"Ini pasti akan memberi gambaran yang tidak baik di mata generasi muda yang semakin bijak untuk menilai perbuatan perbuatan ahli ahli politik, dan pastinya akan mempengaruhi sokongan semasa pilihanraya nanti, janganlah ada tangan tangan ghaib yang cuba untuk melanggar keputusan pemilihan semasa Mesyuarat

Agung," katanya.


Seherel berkata generasi muda menyokong sepenuhnya pemilihan Datuk Ewon sebagai Pengerusi PH Sabah, orang Sabah, orang muda, dan parti lokal.

Komentáre


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page