JADI RELA TANPA KERELAAN, AMK PERSOAL PENYALAHGUNAAN DATA PERIBADI RAKYATJADI RELA TANPA KERELAAN, AMK PERSOAL PENYALAHGUNAAN DATA PERIBADI RAKYAT
top of page
  • Wartawan Nabalu News

JADI RELA TANPA KERELAAN, AMK PERSOAL PENYALAHGUNAAN DATA PERIBADI RAKYAT


Gambar Hiasan

15 Jun 2021


KOTA KINABALU: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah hari ini mempersoal penyalahgunaan data peribadi yang digunakan untuk didaftarkan sebagai ahli Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) tanpa pengetahuan pemilik identiti berkenaan.


Sebelum ini kecoh di media sosial mengenai orang awam yang mendakwa diri mereka telah didaftarkan sebagai ahli RELA tanpa sedar.


Ketua Penerangan AMK Sabah, Razeef Rakimin membangkitkan isu berkenaan selepas mendapati dirinya serta beberapa rakannya yang lain turut mendapati nama mereka terdapat dalam sistem semakan keanggotaan RELA.


"Saya telah membuat semakan keahlian RELA di laman sesawang https://myrela.moha.gov.my/myrelamobile/rela/semak. Saya dapati bahawa data peribadi saya telah disalahguna dengan didaftarkan sebagai anggota RELA tanpa pengetahuan saya."


"Hasil semakan dari sistem RELA keahlian saya telah dibuat pada tahun 2011," katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Razeef mempersoal bagaimana data peribadi seseorang didapati dan digunakan untuk mendaftar sebagai ahli RELA walaupun tanpa pengetahuan individu berkenaan?


Razeef turut mempersoalkan adakah kerajaan turut meluluskan dana elaun untuk individu-individu ini dan adakah pihak yang membuat tuntutan menggunakan nama-nama ini bagi mendapat keuntungan 'atas angin'?


"Saya dapati ramai orang awam yang didaftarkan sebagai ahli RELA tanpa pengetahuan mereka antara tahun 2010 hingga 2017," katanya.


Mengikut rekod Menteri Dalam Negeri pada tahun berkenaan adalah Hishamuddin Hussein yang menjawat jawatan berkenaan sejak 2009 hingga 2013 kemudian digantikan dengan Ahmad Zahid Hamidi yang mengambil alih jawatan berkenaan pada Mei 2013 hingga 2018.


Perbuatan ini bercanggah dengan Seksyen 6(1), Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.


Angkatan Muda Keadilan menggesa siasatan tegas dilakukan bagi mencari punca dan dalang disebalik tindakan tidak bertanggungjawab ini serta menggesa hukuman berat dikenakan kepada pihak terlibat.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page