Jadikan keputusan mahkamah iktibar, semua pihak ada tanggungjawab masing-masing: Ewon
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Jadikan keputusan mahkamah iktibar, semua pihak ada tanggungjawab masing-masing: Ewon


Ewon menyampaikan sumbangan SME Bank kepada Aloysius, turut kelihatan Aria Putera (kiri) dan Mohammad Hardee (kanan).


20 Julai 2023

Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menganuugerahkan ganti rugi kepada tiga bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taun Gusi, Kota Belud harus menjadi iktibar semua pihak, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.


Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian berkata, mahkamah telah membuat keputusan dan ia seharusnya menjadi ikhtibar kepada semua pihak termasuk guru, ibu bapa dan pelajar itu sendiri dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing.


“Guru-guru, ibu bapa dan pelajar mempunyai sempadan tanggungjawab masing-masing yang perlu dilaksanakan dan keputusan mahkamah itu perlu menjadi ikhtibar kepada semua pihak iaitu guru, ibu bapa dan pelajar itu sendiri,” katanya.



Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Jom XCESS SME Bank Pusat Wlayah Sabah, di Pasific Sutera Hotel, di sini, hari ini.


Beliau berkata demikian ketika diminta menulas kes tiga bekas pelajar SMK Taun Gusi Kota Belud yang menang kes saman terhadap guru yang tidak hadir mengajar selama tujuh bulan.


Ewon berkata, semua orang yang berada dalam ekosistem sekolah iaitu guru, ibu bapa dan pelajar itu sendiri mempunyai tanggungjawab masing-masing.


“Guru bertanggungjawab untuk hadir dan mengajar dan sekiranya tidak hadir, mesti ada penjelasan yang boleh diberikan.




“Pada masa yang sama pelajar juga harus mempunyai disiplin untuk menghormati guru dan kalau dia memerlukan guru itu memberi perkhidmatan pada hari tertentu tetapi guru berkenaan tidak dapat hadir, maka pelajar mempunyai ruang untuk bercakap kepada ibu bapa mereka dan ibu bapa mempunyai ruang dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk berbincang tentang perkhidmatan dalam sekolah itu,” katanya.


Terdahulu itu ketika berucap Ewon merakamkan ucapan terima kasih kepada SME Bank atas sumbangan sejumlah RM25,000 kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Pensiangan Komprehensif 9 (SKPPK9) bagi pembinaan dewan sekolah itu.


“Saya yakin prasarana yang baik akan menyumbang kepada sesi pembelajaran berkualiti sekali gus menjadi asas kepada pembangunan modal insan yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, sahsiah serta intelek,” katanya.


Turut hadir Timbalan Setiausaha Bahagian Pembangunan Francais dan Vendor, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datin Azira Binti Othman, Presiden Kumpulan / Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank Datuk Wira (Dr.) Aria Putera Ismail, Ketua Pegawai Strategi Korporat Kumpulan SME Bank Datuk Dr. Mohammad Hardee Ibrahim, Ketua Pegawai Perniagaan SME Bank Zabidi Abdullah dan Penolong Kanan Ko-kurikulum Sekolah Kebangsaan Pekan Pensiangan Komprehensif 9 Aloysius Robert.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page