top of page

JAHID SOKONG PENAMBAHAN KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR DI IPD TUARAN

  • Wartawan Nabalu News
  • Nov 13, 2020
  • 3 min read

SIMBOLIK Penyerahan bantuan khas kepada petugas frontliner Covid-19 oleh Jahid kepada Mohd Hamizi

13 NOV 2020


TUARAN: Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli, Datuk Jahid Jahim secara peribadi menyokong penambahan kemudahan infrastruktur serta perkara lain yang difikirkan perlu untuk dilaksanakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran.


“Saya menjadi Pegawai Daerah di sini sejak tahun 1985, dan saya melihat peningkatan jumlah penduduk di sini, peningkatan itu tidak setimpal dengan peningkatan logistik dan juga tidak setimpal dengan peningkatan jumlah anggota yang berada di sini,” katanya.


Menurut Jahid, pada waktu itu belum ada taman-taman perumahan atau taman-taman yang besar berbanding sekarang yang sudah ada berpuluh-puluh sedangkan status PDRM di sini (Tuaran) masih dalam keadaan memerlukan peningkatan.

PENYERAHAN Sumbangan khemah berukuran 20’X20’ kepada IPD Tuaran.

“Saya secara peribadi, kebetulan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri pun tahu, dia (Hajiji) hampir tiap-tiap tahun sentiasa berada di sini dalam majlis-majlis tertentu, beliau tahu keadaan ini, saya juga tahu keadaan ini kerana kesinambungan tugas perkhidmatan awam dan politik,” tambahnya.


Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena Program Pemimpin Prihatin Bersama Petugas Frontliner Covid-19 yang diadakan di Perkarangan IPD Tuaran, hari ini.


Turut hadir Setiausaha Politik kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Jilias Lintar, Penolong Pegawai Daerah (ADO) Pentadbiran, Awang Hj Yusuf, Penolong Pegawai Daerah Kecil Tamparuli, Herman Tunggiging, Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Tuaran, Hajah Wanihim Othman serta rombongan, Timbalan Ketua Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Tamparuli, Madin Anak, Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Damit, Jukin Mukrin dan Pengerusi Penganjur yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Datuk Jahid Jahim, Junaidi Azamain.


“Kami akan menyokong sepenuhnya apa yang telah disuarakan oleh tuan OCPD tadi, mengenai perkara yang perlu diusahakan untuk PDRM Tuaran, yang sudah lama tertangguh atau dalam bahasa Inggeris, long overdue,” katanya.


Terdahulu, Ketua Polis Daerah Tuaran DSP Mohd Hamizi Bin Halim, berkata, pihaknya berharap agar beliau (Jahid) dapat mengangkat dan mengadakan cadangan untuk pembinaan bangunan dewan serbaguna di ruang legar IPD Tuaran.


Selain itu beberapa perkara lain yang difikirkan amat perlu demi menaik taraf institusi tersebut pada masa akan datang juga turut dicadangkan oleh Mohd Hamizi.


“Kami memohon kiranya Yang Berhormat Menteri supaya IPD Tuaran dapat diangkat daripada Kelas C ke Kelas B iaitu Ketua Polis Daerah berpangkat Supritendan,” katanya.


Beliau juga berharap agar ada penambahan pegawai-pegawai kanan serta anggota berpangkat rendah bagi memberi perkhidmatan yang lebih berkesan kepada kira-kira 140 ribu orang penduduk di daerah ini meliputi 49 buah taman perumahan dan 261 buah kampung.


“Banyak kampung dan perumahan berbanding dengan keanggotaannya di sini hanya 208, kalau dicampur 49 dengan 261 sudah jadi 300 lebih, jadi macamana kami nak bergerak di sini untuk sampai ke satu-satu tempat itu,” katanya.

TERIMA KASIH …. Mohd Hamizi menerima sumbangan daripada Jahid di perkarangan ruang legar IPD Tuaran.

Bersempena lawatan dan penyampaian sumbangan khas kepada para petugas Frontliner Covid-19 tersebut, beliau mengucapkan penghargaan kepada Jahid, dan seterusnya kepada semua pihak yang telah menyumbang.


“Kami amat merasai perkhidmatan yang kami curahkan selama ini dihargai dan kami mendoakan kesejahteraan dan kehormatan kepada Menteri serta rombongan, semoga dimurahkan rezeki serta diberikan kejayaan dalam apa jua urusan di masa akan datang,” katanya.


Pada program tersebut turut diadakan penyampaian sumbangan khas kepada petugas frontliner Covid-19 untuk IPD Tuarandaripada beberapa syarikat, agensi, sekolah dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), seperti Kelab Staf Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tuaran, PeWaniS PPD Tuaran, Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Damit Tuaran, Life Water Marketing Sdn Bhd dan C&F Sdn Bhd.


Antara barangan yang disumbangkan adalah seperti Mineral Water 500 ML sebanyak 200 kotak, pelitup muka, 2 kotak, minuman Tritonic dalam botol, 330 ml sejumlah 100 kotak, biskut 10 set, ban 2 kotak, minuman berperisan sebanyak 10 karton dan dua khemah berukuran 20’ X 20’.


Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page