top of page

Telupid alami cuaca panas tahap berjaga-jaga

  • nabalunews
  • 6 minutes ago
  • 1 min read

3 Mei 2026


KOTA KINABALU: Daerah Telupid dilaporkan mengalami cuaca panas tahap berjaga-jaga yang boleh mencecah suhu sehingga 37 darjah celcius.


Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan kategori berjaga-jaga atau Tahap 1 dikeluarkan apabila suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.


Selain Sabah, beberapa kawasan lain di Semenanjung turut dilaporkan mengalami cuaca sama.


Kawasan terlibat ialah Padang Terap di Kedah, manakala di Kelantan melibatkan Jeli, Pasir Mas dan Kuala Krai.


Dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 56 kes penyakit berkaitan cuaca panas direkodkan di seluruh negara, termasuk dua kematian akibat strok haba bagi tempoh 1 Januari hingga hari ini.


Menurut KKM, daripada jumlah keseluruhan, 47 kes melibatkan kelesuan haba, empat kes strok haba exertional, empat kes strok haba dan satu kes kekejangan haba.


Katanya, analisa turut menunjukkan 58 peratus kes penyakit berkaitan cuaca panas adalah berkait dengan aktiviti fizikal semasa cuaca panas.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page