top of page
Wartawan Nabalu News

Jalan Eko Pelancongan Komuniti Silou-Silou diselenggara hasil sumbangan Ewon



20 Januari 2022

Oleh Wartawan Nabalu news


KOTA BELUD: Jalan masuk ke Eko Pelancongan Komuniti Silou-Silou kini telah diselenggara hasil sumbangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick.


Menurut Ketua Kampung Silou-Silou, Dainty Sator, permintaan supaya jalan masuk ke kawasan eko pelancongan yang rosak itu diselenggara dan ditabur batu kelilkir telah disampaikan kepada Ewon.



“Semasa kunjungan singkat Datuk Ewon ke eko pelancongan pada Khamis lalu, kami mengemukakan permohonan supaya jalan itu diselenggara.


“Pada hari ini, permintaan kami ditunaikan dan empat trip lori batu kelikir telah dihantar sepertimana yang diperlukan untuk membaik pulih jalan masuk ke eko pelancongan yang rosak.


“Sumbangan dari Adun Kadamaian ini pastinya akan memberi keselesaan kepada pengujung sekali gus memudahkan para pengujung berkunjung ke sini,” katanya kepada Nabalu News.

コメント


bottom of page