Jalan masuk ke Pekan Nabawan melalui bulatan Lalandau ditutup, beri laluan kerja naik taraf jambatan
- Wartawan Nabalu News
- Aug 7, 2024
- 1 min read
Updated: Aug 7, 2024

6 August 2024
Oleh Wartawan Nabalu News
NABAWAN : Jalan masuk ke Pekan Nabawan melalui bulatan Lalandau ditutup secara rasminya mulai 5 Ogos bagi memberi laluan kepada kerja pembinaan projek menaiktaraf jambatan sungai Pancuran yang lebih dikenali sungai Nabawan di kilometer 0.20 Jalan Nabawan Township.
Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya Nabawan, Ahmad Fairuz Yunus berkata, pemantauan penutupan jalan tersebut telah dilakukan bersama wakil pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan, Pegawai Daerah Nabawan dan Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Nabawan serta Ketua Balai Polis Nabawan.
Sehubungan dengan ini katanya, pengguna jalanraya dinasihatkan agar menggunakan laluan alternatif iaitu di Jalan Kraftangan ke Pekan Nabawan.
"Kita berharap penduduk peka dengan penutupan laluan masuk bulatan sehinggalah pembinaan projek menaiktaraf jambatan itu siap" katanya ketika dihubungi selepas pemantauan penutupan jalan itu pada Isnin.
Baru-baru ini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin jambatan kayu di kilometer 0.20 di Sungai Nabawan berdekatan Pekan Nabawan yang berusia lebih 60 tahun akan dinaiktaraf dengan sebuah jambatan konkrit.
Katanya, pembinaan jambatan konkrit bernilai RM2.7 juta dibawah peruntukkan Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW) akan dibina bermula bulan Ogos.
Pembinaan jambatan konkrit baharu ini dijangka siap pada suku tahun pertama 2025.















Comments