top of page

Jalan Melangkap Tomis di Kampung Kabayau, perlu penyelenggaraan

  • nabalunews
  • Oct 11, 2024
  • 1 min read

11 Oktober 2024


KOTA BELUD: Pemaju Mukim Anicholse Kesimin yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick, Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) dan Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian telah melakukan tinjauan penyelenggaraan jalan Melangkap Tomis di Kampung Kabayau, semalam.


Jalan ini terputus akibat hakisan banjir sejak 29 tahun yang lalu.


Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Jamil Rasat, jalan ini telah terbiar selama 29 tahun walaupun pelbagai JKKK telah mengemukakan permohonan untuk penyelenggaraan sebelum ini.


Jalan sejauh 3 kilometer ini merupakan nadi pertanian bagi penduduk Kampung Melangkap dan Kampung Kebayau.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page