JALAN KG SINARON PERLU DINAIKTARAF: FLOVIAJALAN KG SINARON PERLU DINAIKTARAF: FLOVIA
top of page
  • nabalunews

JALAN KG SINARON PERLU DINAIKTARAF: FLOVIA



14 Dis 2020

KENINGAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tulid, Flovia Ng mencadangkan agar pihak kerajaan menaiktaraf jalan sejauh lebih kurang 50 kilometer di Kampung Sinaron, Mukim Lanas Daerah Kecil Sook yang menghubungkan Daerah Tongod dan Telupid.


Beliau berkata, penaiktarafan jalan itu dapat memudahkan penduduk setempat memasarkan dan mengeluarkan hasil pertanian atau berurusan ke Pejabat Daerah Tongod yang hanya mengambil masa perjalanan hampir dua jam .


“Kita berharap jalan berkenaan dapat dinaiktaraf untuk manfaat penduduk yang tinggal di sepanjang jalan ini,” katanya ketika ditemui media di Kampung Sinaron Tengah di Daerah Kecil Sook, di sini pada Sabtu.


Jelasnya lagi, jalan berkenaan dahulunya merupakan jalan balak dan kini ianya tidak lagi digunakan oleh syarikat pembalakan dan ianya kini terbiar dengan tiada penyelenggaraan.


Pendapat sama turut disuarakan oleh para penduduk kampung berkenaan.


Menurut Rugilin Rojef Ramsing, penduduk kampung berkata, mereka sangat memerlukan kemudahan tersebut bagi mewujudkan sumber-sumber pendapatan kepada penduduk kampung.


“Mengenai dengan jalan dari Sook ke Daerah Tongod memang kami sangat-sangat memerlukan memandangkan beberapa hal yang perlu diperhatikan dan sekiranya ianya terlaksana banyak perkara yang boleh menimbulkan sumber-sumber pendapatan kepada penduduk kampung,” jelasnya.


Bagi Masilin Ungkol, penduduk kampung sangat berharap agar kerajaan kini dapat merealisasikan hasrat mereka untuk menaik taraf jalan tersebut.


“Jalan ini kalau dari sini ke Kuala Tongod kalau naik motosikal sebab keadaan sekarang ini memang masih susahlah berlubang-lubang dan memang kalau soal berurusan di sana memang amat susah buat masa ini.


“Dari sini pergi ke Kuala Tongod lebih kurang satu jam setengah begitu tetapi kalau berturap lebih kurang 45 minit boleh sampai.


“Kami mengharapkan betul-betul kepada kerajaan sekarang ini, supaya perkara ini diberi perhatian agar memudahkan kami berurusan di Kuala Tongod khususnya dari segi urusan tanah,” jelasnya.


Pada masa sama, Flovia yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Kesejahteraan Rakyat berharap pembentangan Belanjawan Negeri 2021 pada 18 Mac ini, DUN Tulid tidak ketinggalan menerima pelbagai pembangunan memandangkan kawasan itu antara DUN baharu yang memerlukan perhatian antaranya bekalan air bersih, elektrik, talian komunikasi dan sebagainya. RIZALMI LIMAN/ NEW SABAH TIMES


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page