JAMBATAN GANTUNG KAMPUNG GUSI AKAN DIBINA SEMULAJAMBATAN GANTUNG KAMPUNG GUSI AKAN DIBINA SEMULA
top of page
  • Wartawan Nabalu News

JAMBATAN GANTUNG KAMPUNG GUSI AKAN DIBINA SEMULA


Jambatan gantung Kg.Gusi Ranau

6 DIS 2020


RANAU: Jambatan Gantung di Kampung Gusi, di sini yang putus baru-baru ini akan dibina semula bagi memudahkan perhubungan penduduk kampung, kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr. Joachim Gunsalam.


Beliau yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian berkata, jambatan itu merupakan satu-satunya jalan perhubungan yang menghubungkan kampung tersebut dengan kawasan seberang.


“Jambatan gantung sepanjang 150 meter dan mempunyai ketinggian 18 Kaki perlu dibina semula. Ini merupakan satu-satunya jambatan utama yang menghubungkan penduduk kampung dengan kawasan seberang,” katanya.



“Ketiadaan jambatan ini menyebabkan aktiviti sosio ekonomi penduduk di sini terjejas kerana mereka sukar membawa keluar hasil pertanian mereka,” katanya.


Beliau berkata demikian selepas membuat kunjungan ke Kampung Gusi bagi meninjau keadaan jambatan yang putus.


Turut sama Timbalan Pengarah, Pejabat Pembangunan Negeri Sabah, ICU JPM Mohd Hamdani Sahari.


Joachim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang berkata, jambatan gantung itu telah dibina 10 tahun lalu dan kini sudah usang.


Joachim (empat dari kanan) bersama penduduk kampung.

Malah katanya, ia pernah dibaiki sebelum ini namun tidak mampu bertahan dan kini ia memerlukan pembinaan semula secara menyeluruh.


Pada masa ini katanya, pengangkutan utama penduduk di sini ialah menggunakan jalan sungai dengan menggunakan bot atau sampan kecil.


Jambatan itu runtuh baru-baru ini menyebabkan lapan pelajar cedera termasuk seorang yang dirawat di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu, manakala mangsa lain sudah pulih.


Kejadian berlaku ketika pelajar terbabit keluar ke jambatan itu bagi mendapatkan liputan internet ekoran capaian internet yang lemah di kampung itu.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page