top of page

Jambatan gantung Kg.Dungkahang Penampang, rosak sejak setahun lalu

  • Wartawan Nabalu News
  • Jan 11, 2022
  • 1 min read

Updated: Jan 12, 2022



11 Jan 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


PENAMPANG: Penduduk Kampung Dungkahang Penampang Proper di sini meminta pihak kerajaan membaiki jambatan gantung kampung itu yang rosak lebih setahun lalu.


Menurut penduduk kampung itu, jambatan gantung merentasi Sungai Moyog itu biasanya digunakan oleh penduduk kampung yang tidak mempunyai kenderaan untuk pergi kerja di Pekan Donggongon.


"Penduduk kampung yang tidak mempunyai kenderaan biasanya melalui jambatan gantung ini sebagai jalan pintas ke Pekan Donggongon kerana tiada bas (pengangkutan awam), tambang grab mahal, bukan semua mampu naik grab setiap hari," katanya kepada Nabalu News, hari ini.


Katanya lagi, penduduk kampung menggelar jambatan gantung itu sebagai "Bridge to hell" kerana tidak baiki sehingga kini.

"Kami berharap tahun ini pihak berwajib dapat membaikinya untuk kemudahan penduduk kampung," katanya.


Tindakan daripada pihak JPKK telah dibuat tetapi masih menunggu kelulusan daripada pihak berkenaan.



 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page