top of page

Jambatan gantung sungai Mososorob Kampung Merampong mudahkan urusan harian penduduk

nabalunews


Beginilah keadaan jambatan gantung sungai Mososorob yang kini memudahkan urusan harian penduduk.
Beginilah keadaan jambatan gantung sungai Mososorob yang kini memudahkan urusan harian penduduk.

11 January 20256


KENINGAU: Penduduk Kampung Merampong kini mudah menjalankan aktviti harian mereka apabila jambatan gantung sungai Mososorob sudah siap sepenuhnya.


Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg Merampong Said Siapan berkata, jambatan gantung itu amat diperlukan oleh penduduk kampung ketika musim hujan dan berlaku banjir.


Katanya, sebelum jambatan gantung itu dibina penduduk kampung menghadapi masalah menjalankan urusan harian terutama semasa mengeluarkan hasil pertanian mereka.


"Pembinaan jambatan gantung ini dibina melalui peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor Datuk Robert Tawik" katanya.


Said mewakili penduduk kampung menghargai usaha  Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya Negeri Sabah atas pembinaan jambatan gantung itu.

Tags:

Comentarios


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page