Jambatan gantung usang Kg Nelayan ditutup sementaraJambatan gantung usang Kg Nelayan ditutup sementara
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Jambatan gantung usang Kg Nelayan ditutup sementara


Sumber: Bernama

12 Januari 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


SANDAKAN: Jabatan gantung usang yang tular Isnin lepas diarahkan tutup sementara oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) mulai hari ini sebagai langkah keselamatan.


Menurut JKR dalam kenyataan di laman rasmi Facebooknya hari ini, jambatan gantung usang dan rosak itu diarahkan untuk tutup sementara bagi membolehkan kerja pembaikan dapat dijalankan pada kadar segera.


“Pihak Kerja Raya Sabah mengambil berat berkenaan permasalahan ini, namun jambatan gantung ini merupakan dibawah seliaan MPS.


“Hasil kerjasama lawatan tapak bersama Majlis Perbandaran Sandakan pada 11/01/2022 atas nasihat Jurutera pakar cawangan Jambatan Ibu Pejabat JKR, pihak MPS dinasihatkan untuk menutup jambatan tersebut buat sementara waktu dan melakukan kerja pembaikan dengan kadar segera,” kata JKR Sabah.


Terdahulu tular gambar yang dikongsi Bernama di media sosial yang memaparkan pelajar sekolah yang terpaksa menyeberangi jambatan gantung usang yang telah rosak itu untuk ke sekolah.


Perkara tersebut mengundang reaksi ramai netizen dan ramai mempersoalkan mengapa keadaan infrastruktur sedemikian masih berlaku meskipun sudah tahun 2022.


Sementara itu, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Nelayan Tengah memaklumkan untuk menutup jambatan yang sudah berusia lebih 30 tahun itu seperti yang diarahkan pihak JKR Sabah dan MPS.


"Sehubungan itu, ahli JPKK di Kampung Pampang dan Kampung Nelayan Tengah perlu memaklumkan kepada penduduk kampung masing-masing tentang penutupan jambatan gantung berkenaan," menurut JPKK dalam satu kenyataan hari ini.


Semalam, penduduk kampung bergotong-royong menggantikan papan kayu di laluan pejalan kaki di jambatan sepanjang kira-kira 150m itu sebagai langkah sementara.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page