top of page

Jangan cuba main isu PATI: Bung

  • Wartawan Nabalu News
  • Jul 2, 2022
  • 1 min read


2 Julai 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


PENAMPANG: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa BN atau UMNO tidak pernah mengkhianati rakan dalam gabungan itu.


Sehubungan itu beliau memberi amaran kepada presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili supaya “tidak bermain api”, mengaitkan BN dengan isu pengeluaran kad pengenalan kepada pendatang tanpa izin (PTI) di Sabah.


Katanya, BN atau UMNO tidak pernah mengkhianati rakan dalam gabungan itu, sebaliknya PBS sudah berkali-kali keluar-masuk BN.


“PBS sepatutnya bersyukur kerana meskipun parti itu hanya mempunyai seorang anggota Parlimen namun parti itu mempunyai seorang menteri penuh di peringkat kerajaan pusat.


“Kalau pun berpolitik biarlah dengan cara baik,” katanya ketika berucap pada majlis Konvensyen BN Sabah di Pusat Komersial dan Teknologi Antarabangsa (ITCC), di sini hari ini.


Pada Khamis, Maximus dilaporkan mendakwa sebuah parti komponen BN menyalahgunakan PTI di Sabah demi kepentingan politik mereka.


Mengenai persediaan pilihan raya umum ke-15 (PRU15), Bung yang juga ketua UMNO Sabah berkata BN Sabah sudah siap sedia bagi membantu menjayakan misi untuk menguasai Putrajaya atau kerajaan Persekutuan.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page