top of page

Jangan Mainkan Isu 3R, Hormati Sensitiviti Agama – Rowindy

nabalunews
46 minutes ago
1 min read

KIMANIS: Ketua Bahagian UPKO Kimanis, Rowindy Lawrence Odong, menegaskan bahawa agama tidak seharusnya dijadikan bahan jenaka, apatah lagi jika ia boleh menyinggung perasaan mana-mana penganut. Katanya, kebebasan bersuara perlu disertai dengan rasa tanggungjawab serta menghormati sensitiviti masyarakat.


Beliau berkata demikian susulan isu yang kini tular membabitkan seorang ahli politik yang didakwa menjadikan paderi dan biarawati sebagai bahan jenaka berunsur seksual ketika berucap di sebuah perhimpunan parti politik. Menurutnya, perkara berkaitan agama perlu ditangani dengan penuh sensitiviti, khususnya dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia.


“Kenyataan tersebut dilihat telah menyinggung perasaan umat Katolik dan masyarakat Kristian. Justeru, penceramah berkenaan sewajarnya memohon maaf secara terbuka dan tanpa syarat. Permohonan maaf bukan tanda kelemahan, sebaliknya menunjukkan rasa hormat dan tanggungjawab,” katanya.


Rowindy turut mengingatkan semua pihak supaya tidak memainkan isu 3R (kaum, agama dan institusi diraja) demi kepentingan politik. “Kita boleh berbeza pandangan politik, tetapi jangan jadikan agama sebagai bahan serangan atau gurauan. Hormatilah agama dan sensitiviti semua rakyat demi menjaga keharmonian serta perpaduan negara,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page