top of page

Paderi Katolik dan biarawati tidak patut dijadikan bahan jenaka perwakilan UMNO - UPKO

nabalunews
1 hour ago
1 min read

 

 

14 Sept 2026

 

KOTA KINABALU: Paderi Katolik dan biarawati tidak seharusnya dijadikan bahan jenaka seksual atau dipersendakan dari pentas perhimpunan politik utama negara, kata Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.

 

Beliau berkata demikian susulan ucapan seorang perwakilan UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO 2026 yang menggunakan kisah membabitkan paderi dan biarawati, termasuk rujukan kepada Mazmur 129, sebagai sebahagian daripada ucapannya.

 

Laporan mengenai ucapan itu mengesahkan kisah tersebut digunakan untuk menggambarkan kepentingan kekal fokus dan mengetahui matlamat yang ingin dicapai.

 

Madius berkata, sama ada ia dimaksudkan sebagai jenaka atau sindiran, perkara itu tetap tidak wajar kerana ia menyinggung perasaan Masyarakat beragama Kristian di seluruh negara.

 

“Kitab Suci, paderi Katolik dan biarawati tidak sepatutnya dijadikan bahan jenaka seksual atau dipersendakan dari pentas perhimpunan sebuah parti politik utama negara,” tegas Madius.

 

Beliau berkata penceramah berkenaan perlu mengakui kesilapan dan menarik balik rujukan palsu terhadap Mazmur 129 serta memohon maaf secara terbuka kepada umat Katolik dan seluruh masyarakat Kristian.

 

“Penceramah berkenaan sewajarnya mengakui kesilapan pertimbangannya,menarik balik rujukan palsu terhadap Mazmur 129 dan memohon maaf secara terbuka tanpa sebarang syarat kepada umat Katolik serta seluruh masyarakat Kristian,” jelas beliau.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page