Jangkitan Covid-19 dalam komuniti sukar dibendung: Masidi
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Jangkitan Covid-19 dalam komuniti sukar dibendung: Masidi



19 Feb 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kes jangkitan Covid-19 di negeri ini dijangka akan kekal tinggi dengan peratusan jumlah kes jangkitan sporadik dalam komuniti yang masih tinggi melebihi 60 peratus.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daerah yang mencatat jumlah kes harian yang tinggi juga sinonim dengan peratusan jangkitan sporadik yang tinggi.


“Peratusan jangkitan sporadik di Kota Kinabalu hampir 62.5 peratus daripada jumlah kes baharu Penampang (64.1%), Tuaran (56.3%), Putatan (75.5%), Papar (56%), Lahad Datu (62.3%), Tawau (73.6%), Beaufort (68.2%), Sandakan (83%) dan Kota Belud (60.6%).


“Kita boleh simpulkan bahawa jumlah kes harian yang tinggi setiap hari berpunca daripada jangkitan dalam komuniti yang sukar dibendung lantaran tidak diketahui punca dan tempat jangkitan berlaku,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.


Masidi berkata, secara keseluruhannya jumlah kes positif baharu Covid-19 pada hari ini adalah 5,359 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 303,469 kes.


Katanya, tujuh kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu dua kes di Sandakan dan masing-masing satu kes di Tawau, Kota Marudu, Sipitang, Tenom dan Kudat.


“Kota Kinabalu kekal mencatatkan jumlah kes harian tertinggi di Sabah dengan 1,362 kes diikuti Penampang (583 kes), Tuaran (494 kes), Putatan (457 kes), Papar (293 kes), Lahad Datu (244 kes), Tawau (243 kes), Beaufort (233 kes), Sandakan (207 kes), Kota Belud (203 kes), Keningau (166 kes), Kota Marudu (150 kes) dan Ranau (147 kes).


Masidi berkata, cara terbaik untuk mengelak terdedah kepada jangkitan ialah mengelakkan berada dalam kumpulan orang yang ramai seperti tempat-tempat awam yang penuh sesak. Patuhi semua SOP dan nasihat KKM.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page