Janji GRS selesaikan masalah PTI dalam tempoh 100 hari selepas PRN satu pembohongan: MadiusJanji GRS selesaikan masalah PTI dalam tempoh 100 hari selepas PRN satu pembohongan: Madius
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Janji GRS selesaikan masalah PTI dalam tempoh 100 hari selepas PRN satu pembohongan: Madius



27 November 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


PENAMPANG: Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata janji pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk menyelesaikan masalah pendatang Asing Tanpa Izin (PTI) dalam tempoh 100 hari selepas pilihan raya negeri yang lepas merupakan satu pembohongan.


"Jika sebulan ada 30 hari, maka 100 hari itu dalam sekitar 3 bulan lebih. Sekarang ini, PRN Sabah sudah lebih 12 bulan berlalu.


“Namun bila kita pergi ke Bandaraya Kota Kinabalu misalnya. Masih ramai golongan ini yang kesana dan kemari. Ada juga yang lebih agresif, berani mengetuk-mengetuk cermin kereta untuk meminta minta duit," katanya.


Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar sempena Persidangan Luar Biasa UPKO di Pusat Kebudayaan Sabah, di sini, hari ini.


Madius berkata setakat ini tiada tanda-tanda yang masalah PTI di negeri ini akan diselesaikan secara tuntas.

.

"Apa sudah jadi? Adakah ini sekadar janji Tarang Bulan? katanya.


Beliau berkata janji-janji seumpama itu bersama-sama tuduhan dan fitnah yang mengatakan UPKO bersekongkol menternak PTI adalah diantara senjata politik pihak Perikatan Nasional dan GRS yang telah menyebabkan para pengundi terkeliru semasa pilihan raya.


"Kini penyesalan sudah mula kedengaran diakar umbi. Ada yang merasa tertipu, karena rupa-rupanya kesemua itu adalah fitnah, dan Janji-janji GRS adalah pembohongan semata-mata.


"Saya juga masih ingat dengan jelas, bahawa seorang Menteri Perikatan Nasional telah membuat kenyataan untuk menyelesaikan masalah pelaksanaan MA63 dalam tempoh 6 bulan selepas mengangkat sumpah sebagai Menteri.


Namun sudah 3 kali tempoh 6 bulan itu berlalu. Dan kini sudah pun memasuki bulan yang ke-18. Tapi apa yang kita dengar, menteri ini hanya mempertahankan Malaya bila ditanya dan dituntut sesuatu. Ya, kita bukan anti Malaya, tetapi kita menuntut janji yang dibuat," katanya,


Dalam hal ini, UPKO menuntut agar sejarah Perjanjian Malaysia 1963 wajib dipelajari dalam sistem persekolahan di Malaysia.


Madius berkata, UPKO pernah dilabel sebagai pembangkang dalam kerajaan Barisan Nasional atas kelantangan membawa suara rakyat.


“Sehingga kita pernah disuruh keluar daripada kompenen BN pada ketika itu. UPKO tetap berdiri dalam realiti perjuangan asal, dengan melaksanakan penambahbaikan dan hala tuju yang lebih meluas dan inklusif.


“Sebenarnya tuntutan demi tuntutan yang diutarakan oleh rakyat jelata selama ini telah memberikan keinsafan kepada UPKO bahawa masalah hidup rakyat tidak mengenal bangsa dan kaum.


Beliau berkata, rakyat memerlukan suara agar pelbagai masalah yang mereka hadapi dapat diketengahkan di pelbagai peringkat untuk diselesaikan secara menyeluruh. Rakyat memerlukan peneraju yang boleh membawa suara dan memperjuangkan hak-hak mereka.



photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page