JaPen SABAH PERKASA KAEDAH PENYAMPAIAN MAKLUMATJaPen SABAH PERKASA KAEDAH PENYAMPAIAN MAKLUMAT
top of page
  • nabalunews

JaPen SABAH PERKASA KAEDAH PENYAMPAIAN MAKLUMAT


BAKAT...Norzawiyah mencuba set drum di Studio Pentarama

18 Feb 2021


KOTA KINABALU: Jabatan Penerangan (JaPen) Sabah memperkasa kaedah penyaluran maklumat berkaitan Covid-19 kepada rakyat melalui hiburan.


Pengarahnya, Norzawiyah Bulka optimis kaedah tersebut dapat dilaksanakan menerusi peranan yang dimainkan oleh semua Artis Budaya Unit Pentarama untuk mengingatkan masyarakat mengenai pembudayaan norma baharu serta pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam kehidupan.


"Semua artis budaya dalam Unit Pentarama perlu lebih kreatif dalam setiap persembahan supaya mesej yang mereka bawa bukan sahaja sampai tetapi difahami oleh masyarakat.

"Dalam mendepani pandemik Covid-19 ini, kita menggalakkan masyarakat agar sentiasa mematuhi SOP dan membudayakan norma baharu dalam kehidupan seharian sebagai langkah memtuskan rantaian Covid-19," ujar beliau.


Mengenai aktiviti Pentarama, Norzawiyah berkata beberapa program telah dirancang dan dipersembahkan secara maya melalui facebook JaPen Sabah.


Antara program tersebut ialah Program Akustika Pentarama yang disasarkan sebanyak lima kali setahun dan program pertama telah berlangsung pada 12 Februari lalu sempena Sambutan Tahun Baharu Cina.

Selain itu, dua lagi program baharu yang dirangka dalam membantu menyampaikan maklumat kepada masyarakat dalam pelbagai bentuk hiburan seperti menyanyi, menari, melawak dan pengacaraan iaitu Program Pentarama Fit Dance dan Program The Singing Community.


Beliau ditemui media selepas mengadakan Lawatan Kerja Penambahbaikan Studio Pentarama JaPen Sabah dekat Inanam hari ini.


Hadir sama Ketua Penolong Pengarah Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat, Azman Sipan dan Penolong Pengarah Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat, Mohd Mujahid Halpi./Penerangan


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page