top of page
  • Wartawan Nabalu News

Jawatankuasa Kerja pantau hak autonomi pendidikan dan kesihatan Sabah, Sarawak: Ewon


Ewon Benedick

20 Julai 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sebuah Jawatankuasa Kerja ditubuhkan untuk memantau hak autonomi Sabah dan Sarawak melibatkan pendidikan dan kesihatan, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Penampang berkata, penubuhan jawatankuasa itu dipersetujui semasa Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal, Majlis Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 yang bersidang Selasa lalu, dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.


“Saya menghadiri mesyuarat itu buat pertama kali selepas dilantik secara rasmi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi anggota kepada majlis pelaksanaan perjanjian itu.


“Antara agenda yang dibincangkan adalah bagaimana Kerajaan Persekutuan boleh desentralisasi kuasa autonomi dalam hal melibatkan pentadbiran pendidikan dan pentadbiran kesihatan kepada Sabah dan Sarawak,” katanya di sini, hari ini.


Ewon yang juga Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) berkata, mesyuarat itu bersetuju dan serta merta menubuhkan satu jawatankausa kerja yang diketuai oleh Datuk Armizan Mohd Ali, Meneri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak.


Beliau berkata, jawatankuasa kerja itu adalah untuk mendengar pandangan dan cadangan-cadangan kerajaan Sabah dan Sarawak serta kementerian di peringkat persekutuan termasuk Jabatan Peguam Negara (AG) untuk memberi maklumbalas.


“Hasil dapatan daripada jawatankuasa kerja akan diangkat semula kepada Jawatankuasa Teknikal sebelum dimuktamadkan oleh Majlis Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 yang akan bersidang dan dipengerusikan Perdana Menteri,” katanya.


Ewon berkata, hak Sabah dan Sarawak mengenai pendidikan dan kesihatan telah menjadi agenda Jawatankuasa Teknikal jawantkuasa teknikal.

Comments


bottom of page