top of page

Jelajah Konsert Bernadya Di Sabah 19 Julai Depan

  • nabalunews
  • Apr 4
  • 1 min read


4 April 2025


KOTA KINABALU: Penyanyi dan penulis lagu berbakat dari Indonesia, Bernadya, bakal menghiburkan peminat di negara ini menerusi dua jelajah konsert tahun ini.


Antara lokasi yang menjadi pilihan ialah negeri di bawah bayu sempena konsert jelajah Untungnya, Untungnya Malaysia Tour 2025.


Konsert yang dijadualkan berlangsung di Dewan KDCA pada 19 Julai depan itu merupakan lokasi kedua selepas Zepp Kuala Lumpur.



Bernadya berkata, dia amat gembira kerana dapat kembali semula ke Malaysia untuk mengadakan konsert jelajah.


“Malaysia adalah negara yang istimewa di hati saya. Semoga konsert jelajah Untungnya, Untungnya ini boleh menjadi sambutan sempena kejayaan-kejayaan kecil mahupun besar di dalam kerjaya seni.


“Ini juga seperti apresiasi buat peminat di Malaysia khususnya Sabah dengan memberikan persembahan yang lebih dekat serta menyeluruh daripada album mini dan album pertama.


“Semua Bersenadya juga diminta hadir dengan memakai baju cerah kerana melambangkan kita tidak ada lagi fasa gelap. 


“Kita mahu merayakan kebersamaan pulang dan datang dengan hati yang gembira,” katanya.


Sementara itu, promoter dari Juni Concert Adryanto Pratono berkata, konsert terbaharu itu adalah kali kedua dibawakan oleh pihaknya dan Bernadya di Malaysia.


Menurutnya konsert jelajah terdahulu berjalan dengan meriah dan kali ini dengan kerjasama Sembang Kari Entertainment pihaknya membawa Bernadya di lokasi yang mempunyai kapasiti lebih besar.


Untungnya, Untungnya Malaysia Tour 2025 juga bakal menyaksikan kolaborasi Bernadya bersama Adrian Khalif. 


Tidak hanya tampil sebagai kolaborasi dalam lagu Asumsi, Adrian juga akan tampil dengan persembahan istimewa sempena konsert jelajah ini.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page