top of page

JEPUN ISYTIHAR DARURAT DI TOKYO, TIGA WILAYAH BERDEKATAN

  • nabalunews
  • Jan 7, 2021
  • 1 min read

ree

7 JAN 2021


TOKYO: Perdana Menteri Jepun Yoshihide Suga pada Khamis mengisytiharkan darurat di Tokyo dan di wilayah Saitama, Chiba dan Kanagawa, melaksanakan langkah pencegahan lebih ketat untuk memerangi lonjakan jangkitan COVID-19, lapor Agensi Berita Xinhua.

Darurat akan berkuat kuasa bermula Jumaat hingga 7 Februari, dengan beberapa langkah termasuk menggesa orang ramai duduk di rumah dan restoran serta bar berhenti menyajikan alkohol pada 7 malam dan ditutup pada 8 malam.

Waktu operasi gimnasium, pusat beli-belah dan kemudahan hiburan juga akan dipendekkan. - Bernama

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page