Jetama sumbang RM100,000, kurma kepada YNJ
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Jetama sumbang RM100,000 dan kurma kepada YNJ


28 Mac 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Syarikat konsesi air Kota Kinabalu, Jetama Sdn Bhd, telah menyumbang RM100,000 dan 1,500 kotak kurma kepada Yayasan Nur Jauhar (YNJ) sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat mereka.


Pengerusi Jetama, Datuk Yussof Abdul Mannan, berkata sumbangan itu bertujuan untuk mengimarahkan bulan Ramadhan dan berkongsi rezeki dengan golongan yang memerlukan.


Beliau menyerahkan sumbangan itu kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, di Istana Seri Kinabalu.


Turut hadir dalam majlis penyerahan itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Jetama, Ahmad Naim Uddang, Timbalan Pengerusi Jetama, Juhari Jannan, dan Ketua Pengarah Urusan Jetama, Julian Liew.


Sementara itu, Tun Juhar juga menerima kunjungan hormat perpisahan daripada Pengarah Pejabat Wilayah Sabah, Kementerian Luar Negeri Malaysia, Anwar Udzir, yang telah berkhidmat di Sabah selama tiga tahun lapan bulan bermula 1 Ogos 2019.

bottom of page