Pasukan khas ditubuh tangani penyalahgunaan pas sosial, lambakan barangan
- nabalunews
- 2 hours ago
- 1 min read

6 Februari 2026
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju mewujudkan pasukan petugas khas bagi menangani isu salah guna pas lawatan sosial oleh warga asing dan lambakan barangan di pasaran tempatan.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara tersebut diputuskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.
Jelasnya, Perdana Menteri mahu Kementerian Kewangan (MoF) membantu menyelaras dan membentuk pasukan petugas khas itu yang membabitkan beberapa kementerian.
“Ia akan disertai Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
“Pasukan petugas khas ini antara lain akan memberi fokus dan keutamaan penyelarasan aspek-aspek penguatkuasaan serta aspek-aspek perundangan yang melibatkan penyalahgunaan past sosial untuk tujuan kerja,” katanya pada sidang media pasca mesyuarat Kabinet hari ini.
Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, pasukan petugas juga akan meneliti dan mengambil tindakan terhadap masalah lambakan barangan di pasaran yang dikenal pasti oleh KPDN.
Menurut beliau, KPDN telah mengesan beberapa barangan tertentu yang didapati mula dilambakkan dalam pasaran negara ketika ini.
Justeru, katanya, tindakan menyeluruh akan diambil termasuk terhadap sebarang aktiviti perniagaan yang tidak mematuhi peraturan.














