JIM SABAH DAPATI PATI PASANG BENDERA PUTIH DI BUKIT BANTAYANJIM SABAH DAPATI PATI PASANG BENDERA PUTIH DI BUKIT BANTAYAN
top of page
  • Wartawan Nabalu News

JIM SABAH DAPATI PATI PASANG BENDERA PUTIH DI BUKIT BANTAYAN


Gambar Daily Express

16 Julai 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah mengesahkan pendatang asing tanpa izin (PATI) pasang bendera berwarna putih di kawasan setinggan Bukit Bantayan Kiansom, Inanam untuk memohon bantuan makanan.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, JIM Sabah telah melakukan pemantauan dan mendapati masih terdapat tujuh bendera putih di kawasan itu.


“Bendera bewarna putih yang diikat bersama papan dan keratan kotak tertera nombor telefon serta nama yang isi kandungan tulisan pada papan dan kotak itu berupa memohon bantuan makanan daripada orang ramai.


“Tindakan telah diambil dengan menghubungi nombor telefon berkenaan dan mendapati pemilik nombor telefon tersebut terdiri daripada tujuh keluarga dari kalangan wanita warganegara Filipina berusia dalam lingkungan 50 tahun dan dianggarkan seramai enam hingga sembilan orang.


“Ini termasuk kanak-kanak berumur lingkungan satu tahun dalam setiap rumah yang disyaki tidak mempunyai sebarang dokumen sah menetap di kawasan setinggan Bukit Bantayan Kiansom, Inanam,” katanya.


Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan berita sebuah akhbar tempatan kelmarin (15 Julai) bertajuk “Semakin Ramai PTI Turut Pasang Bendera Putih”.


Masidi berkata, siasatan melalui perbualan telefon itu juga mendapati mereka tidak mempunyai bekalan makanan yang mencukupi berikutan sumber pendapatan adalah bergantung sepenuhnya dengan suami yang kini berada di Kota Belud yang difahamkankan bekerja.


“Sekatan perjalanan antara daerah dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini menyebabkan halangan untuk kembali ke pangkuan keluarga masing-masing sekaligus menyebabkan berlakukanya keadaan sedemikian,” katanya.


Beliau berkata, pihak Kerajaan Negeri Sabah pada dasarnya hanya memberikan bantuan kepada rakyat berstatus warganegara, namun sekiranya ada badan-badan NGO dan orang awam memberi bantuan kepada PATI itu pihak kerajaan negeri tidak mempunyai halangan.



photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page