JIM Tahan 15 PATI Di Labuan
- nabalunews
- Jun 12, 2025
- 1 min read

12 Jun 2025
LABUAN: Seramai 15 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) berjaya ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), dalam operasi di sekitar pulau berkenaan, semalam.
Operasi yang dilaksanakan selama dua jam yang bermula jam 1.15 pagi itu menumpukan beberapa penempatan dan kediaman yang dipercayai didiami warga asing.
Pengarah JIM Wilayah Persekutuan Labuan, Raymond Entalai berkata, sepanjang operasi berkenaan, pihaknya berjaya mengesan 15 individu warganegara asing tanpa dokumen.

Katanya, ia melibatkan tiga lelaki, enam wanita dan enam kanak-kanak warga asing berusia 4 lingkungan 4 hingga 77 tahun.
“Semua individu terbabit ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).
“PATI yang ditahan berusia dan semua tahanan dihantar ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Labuan dan Depot Imigresen Labuan untuk siasatan dan tindakan susulan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, pihak JIM akan meneruskan tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Passport 1966.
“Tindakan juga boleh diambil mengikut Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan Akta Pemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).
“Tindakan tegas juga akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menggaji dan melindungi PATI,” katanya.

Sehubungan itu, Raymond berkata, orang ramai ingin membuat sebarang aduan berkaitan PATI boleh menyalurkan maklumat melalui talian 087-421 296.
“Maklumat juga boleh disalurkan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) di pautan berikut https://imi.spab.gov.my/eApps/system/index.do ataupun menerusi e-mel pro_labuan@imi.gov.my.


















Comments