top of page

JIM Tahan 20 PATI

  • nabalunews
  • Sep 20
  • 1 min read

ree

20 September 2025


TAWAU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah berjaya menahan 20 individu disyaki Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dalam operasi yang dijalankan di sekitar daerah ini, Khamis lalu.


Operasi selama dua hari itu dilaksanakan hasil daripada aduan awam serta risikan selama minggu di beberapa tempat berasingan.


Pengarah JIM Sabah, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yussof, pihaknya terus komited dalam melaksanakan tindakan penguatkuasaan terhadap pendatang asing di sekitar daerah Tawau.

ree

Katanya, seramai 20 individu telah ditahan selepas disyaki melanggar pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.


“Hasil pemeriksaan daripada 75 orang, seramai 20 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) ditangkap dan ditahan, terdiri daripada warganegara Pakistan, Filipina dan Indonesia.


“Semua individu yang ditahan didapati tidak memiliki dokumen perjalanan sah atau pas yang sah dan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

ree

Menurutnya, operasi penguatkuasaan yang dijalankan pada 17 hingga 18 September itu melibatkan seramai 17 pegawai daripada Bahagian Penguatkuasaan JIM Tawau.


Sehubungan itu, SH Sitti Saleha menegaskan pihaknya akan terus mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau pihak yang melindungi atau menggaji pendatang asing tanpa izin.


Katanya, masyarakat juga disarankan untuk bekerjasama menyalurkan maklumat berkaitan kehadiran warga asing tanpa izin di kawasan mereka.


“Selain itu, tiada sebarang kompromi akan diberikan terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang, khususnya yang melibatkan isu keselamatan,”katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page