top of page
  • nabalunews

JKR KUDAT JAMIN KERJA PEMBAIKAN JALAN RAYA DILAKUKAN SEGERA


13 Jan 2021


KUDAT: Jabatan Kerja Raya (JKR) Kudat memberikan jaminan akan mengambil tindakan segera untuk memperbaiki jalan raya yang terjejas akibat tanah runtuh berikutan bencana banjir.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggong Datuk Julita Majungki berkata, kejadian bencana berkenaan telah menjejaskan hampir keseluruhan perkampungan di kawasan berkenaan termasuk infrastruktur seperti jalan raya.


"Saya sempat mengadakan lawatan ke kawasan-kawasan yang terjejas teruk akibat banjir ini.


"Bagaimanapun, secara keseluruhan keadaan banjir di Matunggong masih dalam keadaan terkawal," katanya dalam satu kenyataan di sini.


Beliau juga menjelaskan sehingga kini masih belum ada Pusat Penempatan Sementara dibuka.


Bagaimanapun katanya, terdapat jalan raya yang rosak akibat daripada hujan berterusan sejak beberapa hari lalu.


Julita menjelaskan menurut ramalan cuaca daripada Jabatan Meterologi, kejadian hujan lebat ini akan berakahir pada bila-bila masa.


"Bantuan bakul makanan juga telah disalurkan kepada semua mangsa yang terlibat oleh pejabat daerah kecil dengan bantuan pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)," katanya.


Hadir sama dalam lawatan berkenaan ialah Penolong Pegawai Daerah Kecil Matunggong Francis Chong, Pengawai Kebajikan Daerah Kecil Matunggong Connie Jokisi serta ramai lagi.

bottom of page