JONISTON ANGGOTA KUMPULAN BERSEKONGKOL DALAM CUBAAN REBUT KUASA PADA JULAI 2020JONISTON ANGGOTA KUMPULAN BERSEKONGKOL DALAM CUBAAN REBUT KUASA PADA JULAI 2020
top of page
  • Wartawan Nabalu News

JONISTON ANGGOTA KUMPULAN BERSEKONGKOL DALAM CUBAAN REBUT KUASA PADA JULAI 2020


5 Mac 2021

KOTA KINABALU: Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah Joniston Bangkuai perlu melihat diri sendiri di cermin sebelum mengata orang lain hipokrit. Joniston kelihatan lupa pendirian tegas PBS berhubung isu lompat parti sebelum ini dan kini cenderung mengkritik pendirian Parti Warisan Sabah (Warisan) yang mempersoalkan tindakan anggota Dewan Undangan Sebatik meninggalkan parti itu baru-baru ini.

Adakah dia dan PBS kini mengabsahkan amalan lompat parti," kata Bendahari Agung Warisan Terrence Siambun. Terrence berkata adalah jelas sekali Adun Sebatik Hassan A Gani Pg Amir berhijrah ke pihak sebelah selepas "didorong" oleh Gabungan Rakyat Sabah. Hassan nampaknya termakan "tawaran" GRS sehingga beliau sanggup mengetepikan janjinya sendiri bukan sahaja kepada pengundi di Dun Sebatik tetapi juga kepada kepercayaan agamanya apabila beliau bersumpah atas nama Tuhan, kata Terrence. Beliau berkata Joniston perlu diperingatkan bahawa "beliau merupakan sebahagian daripada kumpulan yang bersekongkol dengan Musa Aman memancing Adun-Adun kerajaan beralih sokongan dalam cubaan merebut/rampasan kuasa yang gagal pada Julai tahun lepas. Terrence menekankan bahawa Joniston serba mengetahui apa yang berlaku pada Julai tahun lepas kerana beliau merupakan sebahagian daripada kumpulan itu yang dikepalai Musa Aman untuk memancing Adun-Adun kerajaan pada ketika itu sama ada melalui layanan istimewa atau ugutan.

"Jadi nampaknya, Joniston, apabila keadaan memberi kesenangan baginya, tidak lagi menjunjung pendirian berprinsip dan komitmen PBS berhubung isu lompat parti," katanya. Terrence berkata Joniston seharusnya tidak berselindung menggunakan GRS sebagai wadah untuk bermain politik lidah bercabang dua. Pada tahun 1994, kerajaan PBS ketika itu tumbang beberapa hari selepas menang pilihan raya negeri berikutan tindakan beberapa wakil rakyat atau Adun Dilantik meninggalkan parti itu. "Untuk pengetahuan Joniston, beliau wajar mengingati bahawa Upko membuat keputusan politik meninggalkan Barisan Nasional (yang kalah pada waktu itu) dan bergabung dengan Warisan dan parti pembangkang lain pada tahun 2018. "Ianya merupakan keputusan parti "serupa" dengan tindakan parti Star (pembangkang waktu itu) pimpinan Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang bergabung dengan BN ketika itu.

"Setengah pihak berhujah Star menang atas mandat pembangkang tetapi "memberikan" mandat itu kepada BN. "Kami tidak mahu mempertikaikannya, itu adalah keputusan parti," kata Terrence, Terrence berkata daripada menyalak, Joniston seharusnya mengajukan kepada rakannya dalam GRS untuk mengambil tindakan menangani masalah pendatang tanpa izin (PTI) di Sabah berdasarkan janji pilihan raya yang dilaung-laungkan semasa kempen yang menggambarkan parti itu seolah-olah pejuang menangani isu PTI terutama sekarang apabila kerajaan GRS telah membuka pintu atau membenarkan "kumpit" Indonesia dan Filipina masuk ke perairan Esszone, Sabah. Kumpit adalah boat kecil bermotor yang biasa digunakan oleh PTI masuk ke Sabah. Mana sudah janji?


bottom of page