JONISTON PERLU BUAT KAJIAN SEBELUM SEBAR FITNAHJONISTON PERLU BUAT KAJIAN SEBELUM SEBAR FITNAH
top of page
  • Wartawan Nabalu News

JONISTON PERLU BUAT KAJIAN SEBELUM SEBAR FITNAH


Jo-Anna Henley Rampas

KOTA KINABALU: Baru-baru ini Ketua Penerangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Joniston Bangkuai cuba menutupi tindakan memberi tanah kepada persekutuan dengan menuduh Mantan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Shafie Apdal memberi sebuah pulau kepada golongan PTI sebagai penempatan mereka.


Jo-Anna Henley Rampas menyatakan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh ibu pejabat Parti Warisan Sabah di sini hari ini bahawa Joniston seolah-olah mengalihkan isu yang ditimbulkan oleh Warisan yang mempersoalkan tentang keperluan Kerajaan GRS untuk memberi tanah baru kepada Kerajaan Persekutuan sementara masih banyak tanah yang telah diberikan kepada persekutuan masih belum digunakan sepenuhnya.

"Joniston seolah-olah mengalihkan isu pemberian tanah kerajaan GRS kepada Kerajaan Persekutuan namun saya ingin bertanya kepada beliau di mana pulau yang Warisan berikan untuk PTI?


“Sebagai seorang wakil rakyat yang berada di dalam kerajaan, beliau mempunyai akses kepada minit mesyuarat atau surat arahan, sekiranya ada, yang dikeluarkan daripada kerajaan Warisan terdahulu untuk melihat perkara ini dengan lebih lanjut daripada hanya memetik isu di media untuk disensasikan.


"Ini juga termasuk kontroversi kebakaran penempatan setinggan di seluruh Sabah yang sering dibangkitkan oleh Joniston,” kata Jo-Anna yang juga merupakan Timbalan Ketua Wirawati Warisan.

SMK Nabalu yang terbengkalai.

“Pembangunan infrastruktrur daripada Kerajaan Pusat adalah amat dialukan tetapi adakah beliau tahu berapa banyak “land bank” yang diberikan kepada Kerajaan Persekutuan seperti Kementerian Pendidikan contohnya tetapi tidak dibangunkan sehingga hari ini?


"Ini termasuklah juga pelan pembangunan tapak baharu SMK Pekan Nabalu di Kiulu yang sudah lama tergendala. Oleh itu, saya ingin menyarankan agar Joniston buat kajian beliau sendiri mengenai hal ini,” katanya.

Mengulas pemberian tanah kepada kerajaan Persekutuan, Jo-Anna menggesa agar Joniston melakukan kajian yang lebih terperinci tentang tanah-tanah kerajaan negeri yang diberikan kepada Kerajaan Persekutuan sebelum ini dan sejauh mana tanah ini dibangunkan sepenuhnya.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page