top of page

JPJ akan wujudkan fungsi notifikasi tarikh tamat lesen kenderaan motor di aplikasi MyJPJ

nabalunews



20 November 2024

 

KUALA LUMPUR: Aplikasi MyJPJ akan menawarkan fungsi notifikasi pemakluman tarikh tamat tempoh Lesen Kenderaan Motor (LKM) sebagai langkah baharu oleh Kementerian Pengangkutan (MOT) melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

 

Inisiatif ini bertujuan memudahkan pengguna memantau keperluan memperbaharui lesen mereka secara dalam talian. 

 

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, menjelaskan bahawa aplikasi MyJPJ terus dipertingkatkan untuk memperluas penyampaian perkhidmatan digital kepada rakyat. 

 

"Antara penambahbaikan terkini adalah pengenalan fungsi pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM), yang telah dibuka kepada orang awam sejak 1 Februari 2024. 

 

"Fungsi ‘Kongsi LKM’ turut diperkenalkan susulan aduan berkenaan penggunaan kenderaan milik orang lain. Kini, pemilik boleh berkongsi LKM dengan ahli keluarga atau individu berkaitan," katanya. 

 

Beliau menyatakan demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Hulu Selangor, Mohd Hasnizan Harun, di Dewan Rakyat hari ini. 

 

 

Comentários


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page