top of page
Wartawan Nabalu News

JPJ, PDRM diminta pantau lori bawa muatan lebih elak jalan rosak


Jalan sekitar Kota Kinabalu menuju ke Sandakan rosak.

7 Jan 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


SANDAKAN: Jabatan Pengangkutan Jalan (KPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) diminta sentiasa memantau lori yang membawa muatan melebihi had bagi mengelak jalan raya rosak di negeri ini.


Presiden Gerakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Datuk Fadli Fathullah berkata, pihaknya sudah melakukan tinjauan bermula dari Kota Kinabalu ke Sandakan dan mendapati banyak laluan yang rosak.


Katanya, jalan itu sudah pun dilaporkan rosak kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan perkara itu turut diambil maklum oleh jabatan berkenaan untuk tindakan segera dengan menampal jalan yang rosak untuk sementara waktu.


"Bagaimanapun, memandangkan keadaan cuaca yang masih hujan menyebabkan kerja menambah baik jalan terbabit tidak dapat dilaksanakan ketika ini.


"Disebabkan keadaan itu, jalan dari Telupid ke Sandakan kembali rosak dan JKR sentiasa memantau jalan itu untuk di tampal dengan segera," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.


Tambah Fadli lagi, pihak berkuasa juga harus memainkan peranan untuk memantau sebarang aktiviti terutama membabitkan pengangkutan berat di laluan terbabit.


"Kita menyarankan kepada JPS dan PDRM untuk memantau segala aktiviti pengangkutan besar seperti lori membawa muatan kelapa sawit dan kayu balak supaya tidak membawa muatan lebih daripada yang dihadkan.


"Ini juga merupakan antara punca kerosakkan jalan bertambah lebih seriusjika perkara ini tidak di pantau," katanya.


Sehubungan itu, Fadli sebagai wakil NGO memohon pihak jabatan berkaitan mengambil langkah dengan memantau segala aktiviti ini terbabit.

Comments


bottom of page