top of page

JPN Sabah nafi dakwaan perpindahan ke ITCC Shopping Mall

  • nabalunews
  • Oct 18, 2024
  • 1 min read

18 Oktober 2024


KOTA KINABALU: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah menafikan dakwaan yang tular mengenai perpindahan JPN Daerah Penampang ke ITCC Shopping Mall, Penampang.


Menurut kenyataan rasmi, dakwaan tersebut tidak benar dan JPN Penampang kini ditutup buat sementara waktu.


Sebagai alternatif, perkhidmatan digantikan dengan Bas Mobil (MEKAR JPN) yang beroperasi dua kali sebulan di kawasan Pekan Donggongon, Penampang.


“Pihak kami akan memaklumkan tarikh dan waktu perkhidmatan melalui akaun rasmi JPN Sabah di Facebook, Instagram, dan TikTok dengan username @officialjpnsabah,” menurut kenyataan tersebut.


JPN turut mengingatkan orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat palsu demi memastikan kesahihan informasi.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page