top of page

Jualan Rahmah dan Eye’Dia Meriahkan Tamu Desa Ginorowong, Tambulion Ulu

  • nabalunews
  • 8 hours ago
  • 1 min read

17 Mei 2026


Oleh: Romie Stanley DGuns


TAMBULION ULU: Program Jualan Rahmah serta penyertaan Eye’Dia, sebuah kedai cermin mata dari Kota Kinabalu, telah memeriahkan suasana Tamu Desa Ginorowong di Tambulion Ulu semalam. Eye’Dia turut menawarkan perkhidmatan pemeriksaan mata dan jualan cermin mata kepada penduduk setempat.


Kehadiran dua inisiatif ini bukan sahaja menarik minat penduduk kampung, malah berjaya meningkatkan kemeriahan aktiviti tamu mingguan yang menjadi nadi ekonomi komuniti setempat.


Pengunjung yang hadir bukan sahaja dari Kampung Tambulion Ulu, malah turut melibatkan masyarakat dari kampung-kampung sekitar yang mengambil peluang mendapatkan barangan keperluan pada harga berpatutan serta perkhidmatan kesihatan mata.

Turut hadir memeriahkan program ialah Pemaju Mukim Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian, Pinold Timun, Ketua Kampung Tambulion Ulu, Daiman Basinau, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) Tambulion Ulu, Boniface @ Doni Jiran, Pengerusi JKKK Kg. Penempatan Raim Ginsos serta Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Tambulion Ulu, Handly Sekukut.


Dalam perkembangan berkaitan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick yang dihubungi melalui pesanan mesej oleh Penyelaras JKKK Tambulion Ulu turut menyampaikan salam serta penghargaan kepada seluruh komuniti yang hadir memeriahkan tamu semalam.


Boniface menjelaskan, program sebegini dilihat mampu memperkukuh hubungan komuniti di samping merangsang aktiviti ekonomi tempatan.

Menurutnya lagi, penganjuran berterusan tamu desa dengan sokongan pelbagai pihak diharap dapat terus memberi manfaat kepada penduduk setempat serta menjadi platform penting dalam pembangunan sosioekonomi kampung.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page