Jumlah kanak-kanak di Sabah terima vaksin masih rendah
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Jumlah kanak-kanak di Sabah terima vaksin masih rendah


Gambar Hiasan

14 Feb 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Seramai 9,686 atau 2.35 peratus daripada 411,400 kanak-kanak yang layak divaksin di Sabah telah menerima vaksin, setakat semalam.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, ia satu angka yang sangat rendah dengan mengambilkira risiko jangkitan yang tinggi serta jumlah kanak-kanak bawah umur 11 tahun yang dijangkiti Covid-19 setiap hari.


“Hari ini sahaja seramai 272 pesakit baharu terdiri daripada kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun yang sepatutnya sudah layak menerima vaksin.


“Oleh itu amatlah diharapkan agar ibu bapa mengambil inisiatif untuk memastikan anak-anak mereka diberi vaksin agar mereka memperolehi perlindungan maksimum daripada jangkitan virus Covid-19,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Masidi berkata, secara keseluruhannya kumulatif penduduk Sabah yang telah menerima vaksin dos 1 setakat 13 Februari 2022 adalah seramai 2,465,640 orang.


Beliau berkata, ini meliputi 2,117,996 orang penduduk dewasa atau 77.96 peratus jumlah penduduk dewasa di negeri ini.


“Manakala bagi penduduk Sabah yang menerima dos lengkap adalah seramai 2,411,778 orang. Daripada jumlah ini, seramai 2,098,427 orang atau 77.24 peratus adalah penduduk dewasa.


“Seramai 337,958 orang atau 79.30 peratus penduduk remaja telah menerima 1 dos vaksin, manakala penduduk remaja yang telah lengkap dos vaksin adalah seramai 313,351 atau 73.52 peratus orang setakat ini.


“Bagi penduduk kanak-kanak pula, seramai 9,686 atau 2.35 peratus orang telah menerima 1 dos vaksin,” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page