Jumlah kes harian menurun, jangkitan sporadik masih tinggi di Sabah
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Kes harian menurun, jangkitan sporadik masih tinggi di Sabah



14 Mac 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Jumlah kes positif baharu Covid-19 hari ini adalah sebanyak 622 kes menurun sebanyak 223 kes berbanding semalam, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 360,485 kes.


Sebanyak lima kes kematian dilaporkan hari ini iaitu masing-masing satu kes di Tawau, Kota Belud, Kota Kinabalu, Papar dan Sandakan.


Menteri Kerajaan Tempatann dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, walaupun Sabah mencatatkan penyusutan kes namun peratusan jangkitan sporadik masih tinggi.


“Hampir 64 peratus jangkitan sporadik di Sabah dan ini bermakna risiko jangkitan kekal tinggi khususnya di tempat-tempat awam,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Masidi berkata, satu kluster melibatkan institusi pendidikan iaitu Kluster Jalan Gudon di Kota Kinabalu diisytiharkan tamat hari ini.


“Berikutan dengan itu, jumlah kluster yang masih aktif di Sabah ialah 25 kluster,” katanya.


Katanya lagi, secara keseluruhannya statistik hari ini memperlihatkan kedudukan yang semakin stabil dengan 13 daerah mencatatkan kes satu angka dan hanya satu daerah yang mencatatkan kes tiga angka iaitu Kota Kinabalu (192 kes). Sebanyak 13 daerah lagi mencatatkan kes dua angka.


“Sebanyak 612 atau 98.39 peratus daripada 622 kes-kes baharu hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2, dua kes dalam Kategori 3, dua kes dalam Kategori 4 dan enam kes dalam Kategori 5,” katanya.


Mengenai bilangan pesakit Covid-19 sembuh, pada hari ini seramai 1,647 orang (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 331,204 orang.


“Manakala 901 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 666 orang di hospital, 219 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, 13 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / penjara dan tiga orang di fasiliti swasta.


“Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 52 orang merangkumi 47 di ICU/repurposed kritikal care serta lima di open ward (HDW/kubikel akut) dan 22 orang lagi memerlukan alat bantuan Pernafasan,” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page