JUNZ MINTA JEFFREY JELASKAN STATUS PELAN MITIGASI BANJIR
Wartawan Nabalu News

22 Jun 2021
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Datuk Junz Wong meminta Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Datuk Dr. Jeffrey Kitingan menjelaskan status terkini Pelan Mitigasi Banjir khususnya melibatkan kawasan Likas dan Lido.
Beliau yang juga bekas Menteri Pertanian dan Industri Makanan berkata, Pelan Mitigasi Banjir itu sepatutnya dilaksanakan tahun ini dan dijangka siap tahun 2023.
"Ketika saya Menteri mengurus Jabatan Pengairan dan Saliran, kami telah menyiapkan satu Pelan Mitigasi Banjir untuk kawasan Likas dan Lido.
"Tender pelan mitigasi itu telah disiapkan semasa saya Menteri (tahun 2020), dan sepatutnya dilaksanakan tahun ini (2021). Tapi sudah setahun GRS berkuasa, kenapa belum dilaksanakan? Apa sudah jadi dengan pelan itu?,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas melawat beberapa rumah mangsa banjir di kawasan itu pada Ahad lalu.
Comments