JUNZ WONG ‘SEKOLAHKAN’ ADUN STAR TULID TENTANG CUKAI PETROLEUMJUNZ WONG ‘SEKOLAHKAN’ ADUN STAR TULID TENTANG CUKAI PETROLEUM
top of page
  • nabalunews

JUNZ WONG ‘SEKOLAHKAN’ ADUN STAR TULID TENTANG CUKAI PETROLEUM



12 Nov 2020


KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tulid, Flovia Ng mungkin kini menyedari bahawa dalam berpolitik ada batasnya, bukan hanya bercakap sesuka hati perkara yang tidak betul sehingga boleh menunjukkan diri sendiri sebagai pembohong.

Kenyataan wakil rakyat Parti Solidariti Tanah Airku (Star) itu yang menafikan peranan Parti Warisan Sabah sehingga membolehkan negeri ini menuntut lima peratus cukai petroleum daripada Petronas kini memakan diri.

Tujuan asalnya jelas iaitu mahu mengambil nama atas usaha Warisan agar rakyat Sabah nampak kononnya Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang telah bekerja keras, hakikatnya Flovia tergigit lidah sendiri.

Berikutan itu, ADUN Tanjung Aru, Datuk Junz Wong yang ‘bersimpati’ dengan kedangkalan Flovia mengambil ‘tanggungjawab’ berserta bukti dokumen Enakmen Cukai Jualan untuk menyekolahkan Flovia agar beliau selepas ini lebih faham sebelum membuat kenyataan.

Berikut kenyataan penuh Junz:

“Saya betul-betul bersimpati dengan YB Flovia Ng, ADUN STAR Tulid yang mendakwa cukai 5% adalah hasil kerja Jeffrey Kitingan. Malah turut didakwa bahawa Warisan tidak membuat apa-apa semasa berkuasa.

“Mungkin YB Flovia (STAR) tidak pernah jadi wakil rakyat sebelum ini, maka beliau tidak berapa faham proses undang-undang.

“Untuk makluman YB Flovia (STAR), sebelum sebuah cadangan dijadikan undang-undang, ia perlu dicadang, dibahas dan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Sabah. Kemudian barulah cadangan itu digazet sebagai warta kerajaan dan berkuatkuasa.

“Bagaimana YB Flovia (STAR) boleh ‘claim’ cukai 5% terhadap syarikat-syarikat cari gali minyak dibuat oleh Jeffrey/STAR, sedangkan Dewan Undangan Sabah penggal ini belum pun bersidang? Belum bersidang pun boleh meluluskan pindaan terhadap enakmen cukai kah? Dari mana YB Flovia (STAR) belajar ‘skill’ ini?

“Hakikatnya, cadangan 5% cukai terhadap syarikat-syarikat cari gali minyak di Sabah telah dibawa ke Dewan Undangan Negeri Sabah pada Disember 2018 semasa Warisan menjadi kerajaan.

“Ia dibentang, dibahas dan dilulus oleh Warisan pada bulan Disember 2018. Mengikut warta kerajaan, enakmen ini mula berkuatkuasa pada April 2020.

“Saya ADUN pada ketika itu. YB Flovia (STAR) belum lagi jadi ADUN pada ketika itu. Jadi mungkin YB Flovia tidak tahu proses meminda enakmen kerajaan lah. – Sabah Today

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page