Kadar penularan Covid-19 di Sabah lebih tinggi
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Kadar penularan Covid-19 di Sabah lebih tinggi



8 Feb 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kadar penularan Covid-19 di Sabah lebih tinggi dan mengakibatkan peningkatan jumlah kes yang lebih tinggi berbanding negeri-negeri lain di negara ini.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, mengikut statistik, kadar R0/RT bagi Sabah ialah 1.54 yakni lebih tinggi daripada kadar kebangsaan yang hanya 1.32.


“Ini bermakna kadar penularan Covid di negeri ini lebih tinggi dan akan mengakibatkan kadar peningkatan jumlah kes yang lebih tinggi berbanding negeri-negeri lain di negara ini,” katanya.


Masidi berkata, seluruh daerah di Sabah mencatatkan perubahan angka kes positif Covid-19 yang tidak statik dengan jumlah catatan sebanyak 911 kes daripada Saringan Kontak Rapat, dapat disimpulkan masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page