top of page

Kampung Muhibbah Pangkalan Bukit Garam Dinaiki Air

  • nabalunews
  • Apr 2
  • 1 min read


2 April 2025


KINABATANGAN: Sembilan keluarga di Kampung Muhibbah, Pangkalan Bukit Garam, di sini, terpaksa berpindah selepas kampung berkenaan dinaiki air, hari ini.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, N. Azlan Shah Jamalludin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 9.16 pagi.


Katanya, terdapat sembilan keluarga terlibat bencana banjir telah berpindah sendiri ke Dewan Pangkalan Bukit Garam.



“Tiada pemindahan mangsa dijalankan oleh Pasukan Bomba dan paras air juga dilaporkan masih dalam paras bahaya.


“Mereka yang dipindahkan adalah seramai 34 individu melibatkan 15 orang dewasa, 15 kanak-kanak dan seorang bayi,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, pasukan bomba kemudiannya memberi khidmat nasihat kepada orang awam untuk berpindah ke tempat selamat sekiranya perlu.


Katanya, pemantauan berterusan akan dijalankan dan setelah memastikan tiada bahaya lain yang wujud operasi ditamatkan pada jam 11.55 pagi.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page