top of page
nabalunews

Kanak-kanak perempuan OKU ditemukan lemas selepas terjun di sungai



17 Oktober 2024


KOTA KINABALU: Seorang kanak-kanak perempuan yang juga orang kurang upaya (OKU)ditemukan lemas selepas terjun di sungai Kampung Lokub, Manggatal, di sini, tengahari tadi.


Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, kanak-kanak terbabit, Indah Tawasil, 11, dikatakan terjun dari atas jambatan untuk mandi-manda bersama rakan-rakannya sebelum hilang.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, berkata selepas terjun, kanak-kanak terbabit didapati tidak timbul.


Katanya, kanak-kanak terbabit mandi-manda bersama beberapa kanak-kanak lain, sebelum mangsa naik di atas jambatan dan terjun ke sungai.


“PGO JBPM Sabah dan Bilik Kawalan BBP Kota Kinabalu menerima panggilan MERS999 kecemasan mengenai seorang mangsa dikhuatiri lemas di sungai pada jam 1.03 tengah hari.


“Menurut pemanggil terdapat beberapa kanak-kanak melakukan aktiviti mandi-manda di sungai dan seorang kanak-kanak perempuan berada jambatan terjun ke dalam sungai dan tidak timbul.


“Pasukan bomba berada di lokasi kejadian mengambil maklumat dan seterusnya menjalankan operasi mencari dengan kaedah surface rescue,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya, seramai 14 pegawai dan anggota dari BBP Kota Kinabalu dikejarkan ke lokasi dan tiba pada jam 1.43 tengah hari untuk melaksanakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.


"Mangsa yang tersekat pada objek di dasar sungai sekitar 25 meter dari lokasi mangsa dilaporkan terjun ke sungai ditemui oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) pada jam 6.30 petang," katanya.


Mangsa dilaporkan telah meninggal dunia dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.


Operasi bomba ditamatkan jam 6.47 petang.

Comentarios


bottom of page