top of page

Kanak-Kanak tujuh tahun ditemui selamat selepas dilaporkan hilang di Penampang

  • nabalunews
  • Jun 26, 2025
  • 1 min read

26 Jun 2025


PENAMPANG: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang dilaporkan hilang di Kampung Dabak petang semalam berjaya ditemui selamat berhampiran sebuah kedai runcit, kira-kira 2.2 kilometer dari kediamannya.


Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah, pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.22 petang dan tiba di lokasi tiga minit kemudian.


“Petugas Bilik Kawalan BBP Penampang menerima panggilan kecemasan, terdapat seorang kanak-kanak dikhuatiri hilang di kawasan rumah kediaman beliau di alamat Kampung Dabak, Penampang. Menurut keluarga, mangsa disedari hilang pada jam 6.00 petang,” kata Bomba Sabah dalam satu kenyataan.


Tambahnya, usaha pencarian awal oleh keluarga mangsa tidak berhasil sebelum pasukan bomba memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di sekitar kawasan kampung.


“Pada jam 8.05 malam, BBP Penampang menerima maklumat melalui WhatsApp bahawa mangsa telah ditemui oleh orang awam di sebuah kedai runcit sejauh 2.2 kilometer.


“Pasukan bomba bersama ahli keluarga dan PDRM terus ke lokasi berkenaan untuk mengenal pasti dan menjemput mangsa,” katanya.


Mangsa yang ditemui dalam keadaan selamat telah dibawa pulang ke rumah oleh ahli keluarganya. Operasi tamat sepenuhnya pada jam 9.31 malam selepas memastikan tiada lagi risiko atau bahaya di kawasan kejadian.


Operasi melibatkan lapan anggota BBP Penampang dengan kekuatan satu jentera FRT dan satu EMRS serta turut dibantu oleh enam anggota PDRM.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page