top of page

Kandang ayam musnah terbakar, lebih 20,000 ekor ayam terkorban

  • nabalunews
  • 9 hours ago
  • 1 min read


5 Mei 2025


KOTA BELUD: Sebuah kandang ayam separuh kekal di Kampung Rampayan Ulu musnah hampir sepenuhnya dalam kebakaran tengah hari tadi, mengakibatkan kira-kira 20,000 ekor ayam terkorban dalam insiden tersebut.


Menurut kenyataan daripada Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu melalui talian MERS999 pada jam 12.34 tengah hari.


Sebelas anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud bersama dua jentera (FRT dan EMRS) telah digerakkan ke lokasi sejauh 31 kilometer dan tiba pada jam 1.18 petang.


Komander Operasi, PBK I Farhad Abdullah, melaporkan bahawa kebakaran melibatkan sebuah kandang ternakan ayam jenis separuh kekal berkeluasan 360x50 kaki persegi yang terbakar sebanyak 95 peratus.


“Jumlah anggaran ayam yang terkorban dalam kejadian ini adalah sebanyak 20 ribu ekor,” katanya.


Pasukan bomba menggunakan satu aliran sepanjang 200 kaki dengan dua pancutan air, menggunakan sumber dari jentera bomba dan tangki simpanan air kandang ayam untuk memadam kebakaran.


Tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian tersebut.


Setelah api berjaya dikawal pada jam 1.56 petang, pemeriksaan lanjut dijalankan bagi memastikan tiada lagi bahaya di lokasi sebelum operasi ditamatkan pada jam 2.00 petang.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page