Kapal korek pasir tanpa permit ditahan di perairan Kota Belud
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Kapal korek pasir tanpa permit ditahan di perairan Kota Belud


22 Mac 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Pasukan Polis Marin (PPM) menahan sebuah kapal korek pasir tanpa permit yang sedang menjalankan aktiviti pengorekan di perairan Pulau Usukan, Kota Belud pada hari Isnin.


Kapal berkenaan dikatakan berdaftar di Mongolia dan telah dikesan oleh anggota PPM Wilayah 4 Sabah dalam satu operasi rancangan pada jarak 0.38 batu nautika dari Pulau Usukan pada jam 5 petang pada Isnin.


Dalam operasi rancangan tersebut, pegawai dan anggota PPM juga menahan seorang jurumudi warga Indonesia dan dua anak buah kapal warga China untuk disiasat lanjut.


Menurut Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin mengesahkan perkara tersebut.


"Kapal dan kandungan pasir dirampas untuk dirujuk kepada jabatan dan agensi berwajib untuk tindakan lanjut," katanya.


Sumber dalaman pula memberitahu bahawa nilai rampasan kapal dan pasir yang dibuat semasa operasi rancangan itu adalah sekitar RM7.5 juta.



bottom of page