Karnival Bahasa Melayu Peringkat Zon Selatan 2024, pupuk semangat cintakan bahasa dikalangan pelajar

18 Julai 2024
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA BELUD: Karnival Bahasa Melayu Peringkat Zon Selatan 2024 melabuhkan tirainya dengan jayanya dalam suasana yang meriah di Sekolah Kebangsaan Melangkap, Kota Belud pada Rabu.
Majlis penutupan karnival tersebut telah dirasmikan oleh Anicholas Kesimin yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick.
Karnival tersebut menekankan kepentingan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan di mana para pelajar diingatkan untuk terus berusaha meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu mereka.
Dalam majlis tersebut, Anicholas yang mewakili Ewon turut menyampaikan sumbangan Yayasan Bank Rakyat (YBR) sebanyak RM7,000 untuk Program Karnival Bahasa Melayu Peringkat Zon Selatan.

Sumbangan tersebut diharap dapat membantu pihak penganjur untuk terus menganjurkan karnival ini pada masa akan datang.
Selain itu, pelbagai acara menarik telah diadakan dalam karnival ini, antaranya pertandingan bercerita tahap 2, pidato, deklamasi sajak, dan deklamasi syair.
Majlis Penutupan Karnival Bahasa Melayu Peringkat Zon Selatan 2024 turut dihadiri oleh Pegawai Penolong Pendidikan Daerah (Sektor Pengurusan Sekolah, Unit Prasekolah) PPDKB, Jumiyati Cacho; Guru Besar SK Melangkap, Holen Sayaman; Penolong Kanan Kurikulum SK Melangkap, Peter J. Lajim; Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Melangkap, Petrus@Piturus Bin Sualan; dan guru-guru besar sekolah-sekolah Zon Selatan.
Opmerkingen