Karnival Informasi Kerjaya menghadapi Revolusi 4.0 Era Digital eksplorasi peluang kerjaya
- nabalunews
- Oct 10, 2024
- 1 min read

10 Oktober 2024
SANDAKAN: Penganjuran Karnival Informasi Kerjaya Menghadapi Revolusi 4.0 Era Digital anjuran Kolej Tingkatan Enam Datuk Pengiran Galpam Sandakan dilihat bertepatan dalam memberi peluang kepada pelajar untuk mengeksplorasi peluang-peluang kerjaya yang ada.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Papat, Datuk Frankie Poon Ming Fung, berkata, dalam karnival sama, pelajar juga dapat meluaskan lagi pengetahuan dalam bidang kerjaya tersebut.
"Karnival ini juga mampu menjadi platform kepada semua peserta atau wakil pameran untuk mempamerkan produk masing-masing selain mereka turut dapat menyampaikan informasi yang berfaedah kepada pengunjung khasnya pelajar," katanya.
"Dengan adanya pameran, ceramah, bengkel kemahiran, dan perkongsian daripada pelbagai pihak, saya berharap para pelajar tingkatan lima dan pelajar tingkatan enam khasnya juga akan mendapat maklumat yang berguna," tambahnya.
Katanya, pelajar juga lebih memahami hala tuju dan inspirasi mereka dalam kerjaya yang ingin diceburi kelak.
Frankie menyatakan perkara itu ketika berucap merasmikan Karnival Informasi Kerjaya Menghadapi Revolusi 4.0 Era Digital yang dianjurkan Prauniversiti Kolej Tingkatan Enam Datuk Pengiran Galpam Sandakan di Dewan SM Yu Yuan, Sandakan pagi tadi.
Hadir sama, Pengarah Kolej Tingkatan Enam Datuk Pengiran Galpam, Jefri Abdul Ahmad, pengetua sekolah, wakil daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), wakil Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan, peserta pameran, guru, pelajar dan pengunjung setempat.
Frankie memuji pihak penyelaras dan jawatankuasa penganjur karnival itu yang mana program berkenaan juga sangat bermakna dan impak positif khasnya untuk pelajar terlibat.
Sebelum login, pastikan bukan dari list ini: https://kabar4d.blog/phising-alert