KAUNTER PEMBAYARAN DBKK DIBUKA SEMULA BERKUATKUASA ESOK (7 JAN)KAUNTER PEMBAYARAN DBKK DIBUKA SEMULA BERKUATKUASA ESOK (7 JAN)
top of page
  • Wartawan Nabalu News

KAUNTER PEMBAYARAN DBKK DIBUKA SEMULA BERKUATKUASA ESOK (7 JAN)



6 JAN 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan membuka semula Kaunter Pembayaran berkuatkuasa esok, 7 Jan.


Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Noorliza Awang Alip berkata, kaunter pembayaran DBKK yang terlibat ialah di Dewan Serbaguna Damai dan Centre Point.


Beliau berkata, ini adalah tambahan kepada kaunter yang beroperasi sebelum ini seperti Kaunter Pembayaran Utama Bangunan Ibu Pejabat DBKK dan Kaunter Pembayaran Pusat Transformasi UTC,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.


Noorliza berkata, selain melalui kaunter, kemudahan lain secara online untuk memeriksa bil dan membuat pembayaran juga disediakan.


Katanya, cukai kadaran, kompaun dan lesen DBKK boleh dibayar melalui e-services DBKK http://eservices.dbkk.sabah.gov.my


“DBKK e-cukai (cukai kadaran sahaja) muat turun aplikasi melalui playstore atau appstore, Sabah pay (cukai kadaran/ kompaun) muat turun aplikasi melalui playstore/ appstore. Cukai kadaran juga boleh dibayar melalui Jompay Biller coder: 56739,” katanya.


Beliau turut menasihatkan orang ramai yang datang berurusan dengan pihak DBKK supaya mematuhi penjarakan fizikal, pemakaian topeng muka, penggunaan hand sanitizer, semakan suhu badan dan maklumat direkodkan bagi mengawal wabak Covid-19.


“Mereka yang gagal mematuhi arahan perintah kawalan pergerakan boleh didakwa di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page