top of page
nabalunews

Kawasan dikenakan PKPD tidak perlu kawat duri: Jahid


Jahid (dua dari kanan) bersama Nadzerah (tiga dari kanan) ketika melakukan tinjauan proses vaksinasi.

5 Ogos 2021


TUARAN: Penduduk di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) tidak perlu pemasangan kawat duri.


Sebaliknya, menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim, mereka harus menjalankan menjalani kuarantin dengan penuh rasa tanggungjawab dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk mengekang penularan jangkitan Covid-19.

Jahid ketika ditemui media.

"Penduduk di kawasan PKPD tidak perlukan kawat duri bagi mengawal pergerakan tetapi menggunakan akal fikiran dan kesedaran dalam menjalani kuarantin dengan rasa tanggungjawab.


"Kuarantin ini penting dan masyarakat perlulah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengekang penularan pandemik Covid-19.


"Oleh itu, kita memohon kerjasama daripada warga yang terlibat dalam PKPD ini supaya mengamalkan SOP seperti yang dinasihatkan oleh KKM dan mengamalkan kawalan diri sendiri kerana dapat dilihat betapa dasyatnya akibat diserang pandemik Covid-19.


"Sentiasa utamakan keselamatan diri dalam menangani kesan negatif penularan wabak Covid-19," katanya ketika ditemui media selepas meninjau operasi Program Outreach CITF di Dewan Kampung Bunga TenghilanTamparuli, pada Rabu.


Sementara itu, Pengarah Penerangan Sabah, Nadzerah Abdullah mendedakan, setakat 3 Ogos seramai 82,425 orang didaftarkan melalui 220 Program Outreach CITF anjuran Jabatan Penerangan (JaPen) Sabah khususnya kawasan luar bandar.


Nadzerah

"Seramai 94,264 orang sudah mendapatkan suntikan dos pertama dan 22,542 orang lengkap menerima suntikan vaksin dos kedua dalam program Vaksinasi Covid-19 setakat semalam.


"Peranan JaPen Sabah tertumpu kepada membuat hebahan melalui IOW, promosi dan publisiti dalam mana-mana program outreach sama ada dijalankan oleh Jabatan penerangan atau agensi lain," ujar beliau.


Salah seorang penduduk ketika menerima suntikan vaksin Covid-19.

Program Outreach CITF di Dewan Kg Bunga Tenghilan Tamparuli yang berlangsung selama dua hari bermula pada hari ini menyasarkan 1,900 penduduk yang akan melengkapkan dua dos vaksin Covid-19 jenis Sinovac.


Hadir sama pada program berkenaan ialah Pegawai Kesihatan Kawasan, Dr Noraziah Bakri, Ketua Polis Daerah, DSP Hamizi Halim dan Pegawai Penerangan Daerah, Malina Jamarin.

Comments


bottom of page